Wednesday, November 17, 2010

Mufti Besar Arab Saudi Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah

Ajaran Islam larang keganasan'


2010/11/18

JEMAAH melontar jamrah sebelum mengelilingi Kaabah untuk melengkapkan haji, kelmarin.
JEMAAH melontar jamrah sebelum mengelilingi Kaabah untuk melengkapkan haji, kelmarin.
Mufti Besar Arab Saudi perjelas isu dalam khutbah haji di Padang Arafah

MAKKAH: Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah dalam khutbah Haji di Padang Arafah kelmarin menegaskan bahawa keganasan adalah dilarang oleh agama Islam dan perbuatan berkenaan tidak sepatutnya diikuti dengan perbuatan membalas dendam dalam sebarang bentuk.
Sheikh Abdul Aziz berkata, Allah menganugerahkan manusia dengan akal untuk membolehkan manusia membezakan antara perbuatan baik dan buruk.“Islam percayakan mengenai wujudnya mengenai semua perbuatan yang bertujuan menunjukkan perselisihan dalam masyarakat. Pertumpahan darah manusia membangkitkan kemurkaan-Nya.”

Kira-kira dua juta jemaah berhimpun di Padang Arafah sebagai kemuncak pelaksanaan ibadat haji di tempat yang sama Rasulullah menyampaikan amanat terakhir baginda.

Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Nayef bin Abdul Aziz, berkata minggu lalu tidak menolak kemungkinan al-Qaeda akan cuba mensabotaj ibadat haji.
Tetapi, kumpulan al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) menegaskan, mereka tidak akan mensasarkan haji.
“Kami beri jaminan kepada umat Islam bahawa kami menentang jenayah yang mensasarkan perhimpunan haji,” menurut kenyataan onlinenya.

Sheikh Abdul Aziz berkata, keamanan dan keharmonian diperlukan bukan hanya bagi aktiviti duniawi tetapi juga ibadat.

“Jika umat Islam mematuhi undang-undang syariah dalam hidup mereka, semua ujian dan kesusahan akan terbalas.

Jabatan statistik dan penerangan umum berkata, 2,789,399 orang menjalani ibadat haji tahun ini termasuk 1,799,601 dari luar negara, peningkatan 11.2 peratus berbanding 1,618,855 jemaah asing tahun lalu.

Sementara itu di Mina, jemaah menjalani ibadat haji di arab Saudi dengan melontar batu di tiga jamrah yang melambangkan syaitan sebagai simbol menolak kejahatan, ketika umat Islam seluruh dunia meraihkan hari raya korban.

Hari pertama melontar juga menandakan permulaan Hari Raya Aidiladha atau hari raya korban. Umat Islam seluruh dunia menyembelih ternakan kambing dan lembu sempena memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang mengorbankan anaknya Nabi Ismail. – Agensi