Wednesday, November 6, 2013

Gani position under threat

Attorney General’s position under threat? Reportedly in Dr M camp’s sights.....

BY ZULKIFLI SULONG AND V. ANBALAGAN
NOVEMBER 06, 2013
LATEST UPDATE: NOVEMBER 06, 2013 04:01 PM
Abdul Gani Patail's alleged misconducts were reportedly discussed in the meeting attended by Dr Mahathir, Mat Zain and Shafee. - The Malaysian Insider pic, November 6, 2013.Abdul Gani Patail's alleged misconducts were reportedly discussed in the meeting attended by Dr Mahathir, Mat Zain and Shafee. - The Malaysian Insider pic, November 6, 2013.Tan Sri Abdul Gani Patail's position as the Attorney General appears under threat as reports and sources say former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad has met several people to discuss the top government lawyer's misdeeds.
The speculation is based on a meeting attended by Dr Mahathir, former Kuala Lumpur Criminal Investigations Department director Datuk Mat Zain Ibrahim and prominent lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
News portal Malaysiakini reported that three months ago, Mat Zain received a surprise phone call from Shafee to attend the meeting.
The report revealed that Mat Zain met Shafee at the lawyer's office-cum-residence in Bukit Tunku on August 10, three days after Hari Raya.
The two was said to have discussed Gani's alleged “misconducts”, as well as the highly-publicised case on Pulau Batu Puteh - the island off Johor which the International Court of Justice awarded to Singapore following a legal dispute in 2008.
The news portal said Mat Zain and Shafee later met Dr Mahathir at his residence in Country Heights, Kajang, on the same day.
Present at the meeting were Dr Mahathir's former political secretary Matthias Chang and former Commercial Crimes Investigation Department director, Datuk Ramli Yusoff, who briefed the former premier over his run-ins with Gani.
Their discussion also touched on other alleged wrongdoings by the AG, including fabrication of evidence in the famous "black eye" case of 1998 involving former deputy prime minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mat Zain, who was the investigating officer in that case, had informed Dr Mahathir of fabrication of evidence allegedly committed by Gani, then a senior deputy public prosecutor handling Anwar's first sodomy and power abuse case, following his dismissal from the government.
The alleged fabrication took place when Gani was said to have brought in pathologist Dr Abdul Rahman Yusoff to accuse Anwar in court of self-inflicting his injuries, contradicting medical reports.
As a result, a Royal Commission of Inquiry was set up to investigate the black-eye incident, resulting in the admission by former inspector-general of police Tan Sri Abdul Rahim Noor that he had beaten Anwar hours after his arrest on September 20, 1998.
In 2008, Anwar filed a police report against Gani and former police chief Tan Sri Musa Hassan, who was involved in the first sodomy case thrown at Anwar.
The accusations of fabrication and misconduct on the part of Gani and Musa were however dismissed by a three-member committee comprising retired judges formed by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).
It was reported  that in the meeting with Mahathir, Shafee (pic, right) agreed that the appointment of the MACC committee to clear Gani and Musa was illegal.
Two months after the meeting, Mat Zain on October 7 made a statutory declaration on the matter, with copies sent to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, solicitor-general Datuk Idris Harun and Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar.
In August, Gani appointed Shafee to lead the prosecution team in its appeal against Anwar's acquittal in the Sodomy II charge.
Gani, 58, joined the Attorney General's Chambers in 1980 and was appointed AG in 2002.
He had come under heavy criticism from the opposition and non-governmental organisations over his handling of several high profile cases, including the Altantuya Shaariibuu murder and the cheating case involving former transport minister Tun Dr Ling Liong Sik.
Dr Mahathir is also said to have pressured Gani and called Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi for a discussion. During the meeting, Dr Mahathir claimed that the AG's Chambers employed two CIA agents. Ahmad Zahid had agreed to probe into the claim. - November 6, 2013.

Sunday, November 3, 2013

First Admiral (Rtd) Mohd Imran Abdul Hamid MP Lumut

Imran meredah ombak, daripada tragedi kepada kemenangan

OLEH JENNIFER GOMEZ
NOVEMBER 03, 2013
Surat takziah peribadi daripada Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) lapan tahun lalu merubah kehidupan Laksamana Pertama (B) Mohd Imran Abdul Hamid. Daripada menyokong kerajaan, beliau mula beralih kepada parti Islam pimpinan Nik Aziz.
Hari ini, Mohd Imran adalah nama besar yang menduduki kerusi parlimen Lumut menewaskan Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Seri Kong Cho Ha pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Lapan tahun sebelumnya, bapa kepada enam anak ini menerima kejutan apabila kehilangan empat anaknya dalam kemalangan di Grik pada Februari 2005 ketika dalam perjalanan pulang dari Kota Baru.
Menerima takdirnya, beliau berkata surat Nik Aziz memberinya kekuatan untuk menyertai PAS.
"Saya bertanya di dalam hati, lelaki ini tidak kenal saya tetapi menghantar surat," katanya kepada The Malaysian Insider ketika berehat di Parlimen, Kuala Lumpur.
Pesara tentera kepada ahli politik
Namun kurang lima tahun kemudian, beliau bersara dan secara rasmi menyertai PAS dan menjadi ketua di bahagian Sitiawan Barat.
"Selepas 2005 saya mula menyokong PAS secara terbuka kerana saya telah melalui kehidupan yang teruk, apa lagi nak takut.
"Kalau nak ambil tindakan pun saya tak kisah," katanya yang kini berusia 59 tahun.
Mohd Imran berkata, sebagai anggota tentera, beliau dijangka menyokong kerajaan dan ia berlaku disebabkan kematian anak-anaknya.
"Bila kita memakai uniform, kita dilihat menyokong Umno. Mereka beritahu apa yang perlu dipercayai dan mengikut aturan," katanya yang telah 37 tahun berkhidmat.
Pilihan Raya 2013
Ketika berlangsungnya PRU13  lalu, Mohd Imran dinamakan sebagai calon ketiga di kerusi Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang selepas bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan Ketua Dewan Muslimah PAS Rohawatu Abidin.
Nizar kemudiannya dicalonkan bagi kerusi Changkat Jering, dan Rohawati kerusi Pasir Panjang. Mohd Imran ketinggalan.
Perkara yang mengejutkan kemudian berlaku - beliau menerima panggilan daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya macam tak percaya beliau menghubungi saya dan minta saya berjumpanya."
"Malah ketika memandu ke KL, saya masih tak percaya. Betulkah ia berlaku," kata Mohd Imran.
Apa yang Anwar beritahunya di Ibu Pejabat PKR amat mengejutkan.
"Beliau tanya sama ada saya berminat untuk bertanding di Kerusi Lumut tetapi jangan lupa, beliau PKR, saya PAS.
"Jika saya berminat katanya, saya perlu tukar baju, maknanya saya perlu tinggalkan PAS dan sertai PKR," katanya.
Selepas berfikir dan membuat pertimbangan, beliau menerima tawaran Anwar.
Semuanya bermula di Grik
Anwar membuat pengumuman Mohd Imran adalah calon PKR untuk Lumut, di Grik, kawasan sama beliau hilang empat anaknya, suatu perkara yang tidak dijangkakan.
"Ini adalah petanda. Di sini tempat rakan-rakan saya mengadakan doa selamat untuk anak-anak saya. Ia sangat signifikan untuk saya," katanya.
Beliau kemudiannya memulakan kerja kerasnya dan menerima bantuan tidak dijangka, daripada komuniti Cina.
"Sebagai orang muda, saya ada rakan Cina sebagai ayah yang memandu untuk berjumpa taukeh Cina.
"Selepas 13 Mei, perkara berubah, Melayu dan Cina berasingan," katanya merujuk peristiwa 13 Mei 1969.
Mohd Imran amenambah berada dalam tentera turut bermaksud beliau tidak mempunyai ramai rakan Cina.
Disebabkan itu, Mohd Imran tersentuh apabila Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan Penasihat DAP Lim Kit Siang membantu di peringkat akar umbi.
Dengan bantuan komuniti Cina, membantu beliau menewaskan Kong dengan majoriti 8,168 undi.
"Saya bertanding menentang menteri, tetapi hampir semua Cina mengundi saua," katanya.
Mohd Imran, bagaimanapun tidak menerima sokongan rakan tenteranya.
"Mereka berkata jika mengundi saya mereka tidak mendapat kenaikan pangkat.
"Tetapi saya menerima undi masyarakat Cina di bandar-bandar," katanya.
Beliau bagaimanapun memuji lawannya yang menjadi individu pertama memberikan ucapan tahniah.
"Kong Cho Ha datang ke pusat mengundi di Dewan Merdeka pada jam 10 malam dan mengucapkan tahniah. Saya tak tahu sama ada betul atau tidak," kata Mohd Imran.
Beliau turut berterima kasih untuk bantuan kewangan daripada saudara-mara yang kebanyakannya penyokong BN.
"Mereka menyokong Umno tetapi bangga sebab saya bertanding. Tiada isu mereka mengundi saya kerana mereka berada di kawan pengundian lain di Shah Alam, Klang dan juga Kelantan," katanya.
Ahli Parlimen satu penggal terus bekerja
Dengan kemenangan tidak dijangka, Mohd Imran mengharapkan kepimpinannya untuk menjadi ahli Parlimen.
"Sudah tentu sebagai ahli Parlimen kita perlu mendengar kepada rakyat, bukan sebaliknya. Tapi saya tahu bila masanya perlu tegas dalam membuat keputusan, dan saya tahu mengetuai orang," katanya.
Pertama di Parlimen dan terakhir dalam sesi harian, Mohd Imran kini sedang meneliti kontroversi perjanjian Scorpenen.
Beliau turut ditugaskan untuk mendapatkan respons Kementerian Pertahanan berhubung dana tambahan RM238 juta.
"Dana awal adalah sangat banyak, takkan mereka telah menghabiskannya," katanya.
Beliau bagaimanapun mengakui belum lagi mencapai tugasan utamanya, melawat Nik Aziz yang menjadi penyebab beliau menyertai politik.
"Saya ingin melakukannya. Insya-Allah," katanya. – 3 November, 2013.

Tuesday, October 29, 2013

HUKUM HUDUD

Balasan ringkas buat Ravinder Singh 

Mohd Azrul Azuan Idris

OCTOBER 30, 2013
Saya mendapat 'tag' daripada seorang sahabat saya berkenaan tulisan saudara Ravinder Singh di sini. Oleh itu, dalam keterbatasan masa dan banyak urusan yang perlu saya segerakan hari ini, saya cuba menjawab secara ringkas apa yang ditulis oleh beliau. Semoga Allah membantu saya.
Bukan salah beliau
Saya merasakan, Ravinder Singh menulis tentang hudud dengan kefahaman yang terhad berkenaannya. Saya tidak menyalahkan beliau kerana pastinya beliau sebagai seorang bukan Islam tidak dapat memahami hukum Islam ini. Saya menyalahkan diri saya sendiri terutamanya, kerana masih belum berbuat apa-apa untuk menerangkan hukum Allah yang saya beriman dengannya.
Saya juga tidak menyalahkannya kerana pihak yang memegang tampuk kuasa di Malaysia sejak 1957, walaupun beragama Islam tidak pernah memasukkan hudud dan hukum Islam yang lain sebagai agenda utama untuk dilaksanakan. Malah, tidak pernah berusaha untuk memberi penerangan kepada umat Islam di Malaysia, apatah lagi untuk masyarakat bukan Islam. Lebih teruk lagi, hukum Allah ini pernah dijadikan modal untuk menakutkan masyarakat bukan Islam kepada lawan politiknya dalam pilihan raya.
Mungkin juga usaha yang dibuat oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) juga tidak menyeluruh sehingga masih ramai di kalangan masyarakat Malaysia tidak memahami hukum Allah ini. Insyaallah, artikel Ravinder Singh boleh dijadikan muhasabah untuk PAS menggandakan lagi usaha penerangan hudud di peringkat kebangsaan.
Hudud dan pasangannya
Hukum hudud akan mudah disalah faham jika dipisahkan daripada pasangannya. Seperti aur dan tebing, juga seperti irama dan lagu. Hudud berpasangan dengan qisas dan ta'zir. Jika hukum Islam hanya hudud, maka bagaimana pula dengan hukum bagi kesalahan lain selain enam kesalahan hudud?
Selain Hudud, Islam juga mensyariatkan qisas iaitu dengan kefahaman mudah adalah hukum yang membalas jenayah yang dilakukan dengan perkara yang sama. Contohnya, mereka yang membunuh orang lain dengan sengaja, maka dia akan dibalas dengan bunuh juga. Orang yang mencederakan kaki seseorang, maka kakinya juga mesti dicederakan.
Jika dipraktikkan di Malaysia, maka pembunuh Altantuya akan dibalas dengan bunuh juga. Begitu juga dengan peragut yang menebas tangan mangsanya, tangannya juga mesti ditebas dan dipotong.
Ta'zir
Manakala ta'zir adalah hukuman untuk kesalahan yang tiada atau tidak dapat disabitkan dengan hudud dan qisas. Selain itu, hukum ta'zir juga boleh dikenakan sebagai tambahan terhadap kesalahan yang sedia ada dalam hukuman hudud, mengikut budi bicara hakim dan pemerintah. Bentuk hukuman ta'zir ini adalah mengikut ketetapan hakim dan pemerintah yang sah.
Contoh untuk kesalahan yang tiada dalam hudud dan qisas yang dimasukkan dalam hukuman ta'zir adalah kesalahan meliwat isteri. Dalam bab ini, usahkan Ravinder, malah ada ahli parlimen beragama Islam juga tidak memahaminya sehingga menyerang Enakmen Jenayah Hudud Terengganu di Parlimen dengan dakwaan bahawa Enakmen Hudud Terengganu membenarkan suami meliwat isteri.
Contoh untuk hukuman tambahan terhadap kesalahan yang sedia ada dalam hukuman hudud adalah adalah seperti yang dilakukan oleh Saidina Umar Al Kahttab, pemerintah ketiga Khulafa ar-Rasyidin. Pada zaman pemerintahan beliau, beliau  menambah 40 sebatan sebagai hukuman ta'zir terhadap kesalahan meminum arak di mana kesalahan tersebut telah sedia ada dalam hukuman hudud yang memperuntukkan 40 sebatan terhadap pelakunya.
Contoh untuk kesalahan yang tidak dapat disabitkan dengan hudud atau qisas adalah merogol atau berzina , tetapi tidak mempunyai bukti yang boleh disabitkan dengan hudud. Jika si penzina dan perogol melakukan jenayah itu dan tidak dapat dibawakan bukti saksi yang adil seramai empat orang, ini sama sekali tidak bermakna mereka akan terlepas. Jika mereka tidak dapat disabitkan dengan hudud, mereka akan disabitkan dengan ta'zir.
Apabila dimasukkan dalam hukuman ta'zir, maka semua jenis bukti termasuk sampel DNA, rakaman video, serta saksi yang tidak cukup spesifikasi dalam hudud boleh diterima dan dijadikan bahan bukti sampingan kes. Selepas itu, jika perbicaraan mendapati bahawa tertuduh memang ada melakukan kesalahan tersebut berdasarkan bukti sokongan tersebut, maka dia boleh dihukum dengan hukuman yang ditetapkan oleh hakim atau pemerintah.
Saya rasa, inilah yang tidak diketahui dan difahami oleh Ravinder. Hudud bukan satu-satunya hukum yang ada dalam Islam. Ia mesti difahami bersama dengan hukum qisas dan ta'zir, barulah kita dapat memahami hukum Islam secara menyeluruh.
Kenapa beberapa hukum dalam hudud tidak terima bukti selain empat saksi adil?
Soalan ini kerap ditanya kepada saya. Untuk memastikan hukuman hudud ini fleksibel untuk dilaksanakan, mengapa tidak menerima saksi yang tidak adil, atau saksi yang kurang daripada empat orang, atau bukti teknikal yang lain seperti sampel DNA dan rakaman video?
Jawapan saya yang pertama adalah, syarat dan ciri saksi ini sudah termaktub dalam Al-Quran secara jelas dan sorih, tanpa ada mana-mana dalil lain yang memansuhkannya. Contohnya dalam kes Qazaf (menuduh orang lain berzina), mari kita lihat pada Surah An Nur, ayat 4 dan 5:
Bermaksud, "Dan bagi mereka yang menuduh wanita baik berzina dan tidak mampu untuk membawa empat orang saksi (untuk membuktikan dakwaannya), maka hendaklah mereka direjam dengan 80 kali rejaman dan tiada akan diterima persaksiannya selamanya, dan mereka tergolong di kalangan orang yang fasiq. Kecuali bagi mereka yang bertaubat selepas itu dan memperbaiki dirinya, sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan maha penyayang."
Itu bermakna, syarat ini adalah ketetapan Allah, Tuhan maha adil kepada umat Islam dan kami wajib mematuhinya tanpa mempersoalkan, malah haram untuk mengubah syarat ini sesuka hati.
Kedua, ketetapan syarat dan ciri saksi ini penting agar kita tidak bermudah-mudah untuk menuduh orang lain melakukan kesalahan dan jenayah. Tambahan pula, Hudud adalah hukum Allah, maka jika syarat pensabitannya longgar dan mudah untuk dimanipulasi, maka ia membuka ruang untuk orang menggunakan hukum Allah ini bagi menzalimi orang lain.
Kita tahu sekarang bagaimana mudahnya bahan bukti direka. Rakaman video pun boleh diubah dan di'impose' untuk menggambarkan saya sebagai orang lain atau orang lain sebagai saya. DNA pun mudah untuk dimanipulasi. Dengan satu klik data dalam komputer, atau tersalah letak dan tersalah namakan pemilik DNA, maka maklumat juga boleh berubah sekelip mata.
Hudud mesti bersih daripada unsur tidak adil
Jawapan saya yang ketiga adalah hukuman Hudud ini adalah hukum Allah dan ia mesti bersih dari mana-mana unsur ketidakadilan seperti saksi yang bohong atau bukti yang boleh dimanipulasi. Saya akui, dengan teknologi zaman kini kita boleh mengadakan bukti yang hampir benar seperti sampel DNA, cap jari dan rakaman video. Tetapi, satu soalan saya ingin lontarkan, siapa boleh jamin bahawa semua bukti ini selamat daripada manipulasi dan penipuan 100%? Berikan saya bukti kajian jika sesiapa menjamin semua bukti ini selamat sepenuhnya daripada manipulasi.
Dua hari lalu, saya menonton satu filem Inggeris di mana heronya berjaya memasuki gudang simpanan fail rahsia CIA yang dikawal dengan sistem keselamatan yang paling canggih. Sistem itu memerlukan DNA mata dan cap jari untuk memasukinya, tetapi si hero dengan bergayanya mampu untuk memasuki tempat yang paling dikawal rapi itu dengan hanya memanipulasi semua unsur DNA itu dengan mudah. Oleh itu, siapa boleh jamin bukti sokongan seperti DNA, cap jari dan rakaman video selamat 100%?
Apabila semua bukti ini mudah dimanipulasi, maka ia mudah untuk ditipu, mudah untuk dihapuskan dan mudah untuk dipesongkan. Orang yang tidak bersalah boleh dijadikan bersalah dan orang yang bersalah boleh dilepaskan. Kemudian, setelah mengetahui semua ini, bolehkan umat Islam bersetuju untuk menerima bukti tidak kukuh ini sebagai bukti utama hukum hudud, kemudian mengatakan hukum ini dari Tuhan?
Jika bukti itu diselewengkan dan hukum Tuhan ini dijatuhkan kepada orang yang tidak bersalah, atau melepaskan orang yang bersalah, maka kelemahan bukti ini akan disabitkan sebagai kelemahan hukum Allah? Mohon maaf, ianya tidak akan berlaku dan Maha Suci Allah daripada segala kekurangan dan kezaliman kepada hambaNya.
Adakah perlu tolak semua bukti ini?
Tidak. Semua bukti teknikal seperti sampel DNA, cap jari dan rakaman video boleh diterima sebagai bukti, tetapi mesti disertai dengan bukti lain untuk menguatkannya. Rasanya itu juga yang diamalkan sekarang. Seperti yang dikatakan oleh sahabat saya, Akmal Amri,
" DNA evidence is a circumstantial evidence, same with fingerprint. (Circumstantial evidense bermaksud walaupun cap jari saya ada di peti besi itu, tidak bermakna saya yang membukanya. Perlu ada bukti lain yang mengesahkan bahawa saya yang membukanya kerana ada kemungkinan orang lain yang meletakkan cap jari saya. Mungkin juga saya hanya memegang sahaja peti besi itu, tetapi tidak membukanya). Sama juga dengan DNA. Walaupun DNA seseorang ada di dalam kemaluan mangsa rogol, tidak bermakna dia yang merogolnya. Mungkin juga berlaku perogol memakai protection, kemudian perogol memasukkan air mani orang lain ke dalam kemaluan itu."
Dalam hukuman ta'zir, semua bukti teknikal ini diterima sebagai bukti yang boleh disabitkan dengan kes, dengan syarat seperti di atas iaitu ia mesti disertai bukti lain yang menguatkannya. Sekiranya berjaya membuktikan kesalahan pesalah, maka hukuman Ta'zir akan dijatuhkan mengikut hukuman yang ditetapkan oleh hakim atau pemerintah.
Jika susah untuk disabitkan kesalahan, mengapa ingin dilaksanakan?
Soalan ini juga kerap ditanyakan kepada saya, mengapa ingin dilaksanakan sekiranya ianya sukar untuk disabitkan. Jawapan pertama saya sama seperti yang saya sebutkan di atas. Ia adalah arahan Allah, Tuhan sekalian alam. Saya sebagai umat Islam beriman bahawa apa yang disuruh olehNya wajib saya laksanakan tanpa bantah kerana Dia lebih mengetahui apa yang saya tidak ketahui.
Saya yakin Ravinder Singh adalah seorang penganut Sikh yang baik. Maka, mudah untuk saya katakan bahawa jawapan saya juga sama dengan jawapan kepada persoalan orang ramai kepada penganut Sikh, "mengapa penganut Sikh lelaki membela rambut panjang?"
Kedua, hukum hudud ini selain sebagai pencegahan dan hukuman kepada pesalah, ia juga sebagai ingatan dan pengajaran kepada semua lapisan masyrakat. Ravinder tahukah bahawa dalam 1 juta rakyat Arab Saudi yang mengamalkan hukuman hudud, hanya 3 kes rogol berlaku dalam setahun? Pernah berlaku rekod ini dalam mana-mana negara yang mengamalkan hukum konvensional?
Ketiga, selain ianya berupa satu hukuman, hudud juga merupakan satu pembelajaran untuk kita sama-sama renungkan. Perhatikan, mengapa hanya enam kesalahan yang dimasukkan sebagai kesalahan hudud? Ini membawa kita untuk berfikir dengan lebih mendalam akan apa yang ingin disampaikan oleh Allah kepada kita.
Semua kesalahan dalam Hudud jika kita perhatikan adalah jenayah terbesar ke atas semua maslahat utama manusia. Zina adalah jenayah ke atas nasab manusia, mencuri dan merompak adalah jenayah ke atas harta manusia, arak adalah jenayah ke atas akal manusia, qazaf (menuduh orang lain berzina) adalah jenayah ke atas nilai kemasyarakatan manusia, bughah (memberontak ke atas pemerintah yang sah) adalah jenayah ke atas sosio politik manusia, dan murtad adalah jenayah ke atas pegangan akidah manusia.
Dengan mengenal hudud, kita akan kenal erti kehiudpan dan batasan yang perlu dipatuhi dalam hidup. Contohnya, zina kini dikenali sebagai lambang keseronokan, dengan hudud kita akan sedar bahawa zina adalah jenayah terhadap nasab manusia. Hakikatnya, hudud bukanlah satu undang-undang yang zalim, tetapi hudud menjaga akal, harta, nasab, sosio dan nilai masyarakat kita.
Keempat, pelaksanaan hudud bukan semudah A, B dan C. Sebelum melaksanakannya, umat Islam wajib memperkukuhkan didikan agamanya, ekonominya, taraf kehidupan masyarakatnya dan memperkukuhkan kefahaman masyarakat terhadap hukum hudud itu sendiri.
Perlu diingatkan, sejarah membuktikan bahawa Saidina Umar pernah mengangguhkan perlaksanaan hudud kerana Madinah ketika itu dilanda kemarau. Tanaman tidak menjadi dan ramai orang kebuluran. Terjadi kes kecurian makanan kerana mereka yang tidak tahan kebuluran bertindak mencuri harta dan makanan orang lain. Disebabkan masalah cuaca dan sosioekonomi ketika itu, Hudud ditangguhkan demi untuk menstabilkan dahulu keadaan sosio masyarakat agar kembali stabil.
PAS sedang melakukannya
Ini yang sedang dilakukan oleh PAS. PAS bersama dengan Pakatan Rakyat ingin mengubah Malaysia menjadi negara yang berkredibiliti, rakyatnya hidup dalam sejahtera dan menikmati kekayaan hasil negara dengan baik. PAS komited untuk menghapuskan amalan korup yang menjadi musuh utama negara. Kekayaan negara perlu dipulangkan kepada rakyat, bukan ke tangan kroni. Kemiskinan rakyat perlu dibasmi secara total melalui pemerintahan yang adil dan telus, bukan melalui BR1M semata-mata.
Dalam masa yang sama, PAS melalui keterbatasan yang ada, berjaya menubuhkan institusi pendidikan bermula daripada peringkat Pasti, sehingga ke universiti. Semuanya demi seperti yang disarankan Ravinder iaitu mendidik masyarakat dengan nilai akhlak dan moral yang tinggi. PAS sentiasa berusaha untuk mendidik umat Islam agar kembali kepada Allah dan kembali kepada rasa bertuhan dalam kehidupan harian.
Mungkin usaha PAS ini tidak kelihatan di mata saudara Ravinder disebabkan keterbatasan yang ada, atau saya akui mungkin juga PAS masih tidak berjaya sepenuhnya dalam usaha ini. Namun yang pasti, melalui ruang yang ada, PAS gunakan sepenuhnya. Kita boleh lihat di Selangor dan Kelantan, bagaimana PAS sentiasa menggunakan ruang kuasa yang ada untuk memaksimumkan didikan kepada umat Islam dan rakyat.
Semua usaha ini biarpun tidak kelihatan di mata Ravinder, namun tidak pula boleh dinafikan begitu sahaja. Berkesan atau tidak, ia bukan penanda aras bahawa kerja mendidik ini tidak dilakukan. Ini adalah kerana usaha pendidikan ini perlu bersaing dengan 'usaha pemusnahan' yang dilakukan oleh pihak lain. Usaha mendekatkan diri dengan Allah yang dilakukan PAS perlu bersaing dengan usaha mendekatkan diri dengan maksiat yang dilakukan oleh pihak lain.
Berikan kami ruang amalkan agama kami
Insyaallah, saya yakin jika usaha pendidikan, pemulihan dan pemerintahan yang adil dapat dilaksanakan di negara kita, Hudud dapat dilaksanakan dengan baik tanpa ada sebarang pertikaian. Brunei sudah melangkah maju setapak kehadapan apabila mengumumkan untuk melaksanakan hukum Allah ini di sana tahun hadapan. Pastinya keadaan di sana kondusif sehingga Paduka Baginda Sultan Brunei bertekad untuk melaksanakannya demi memenuhi amanah kepimpinan yang Allah berikan kepada baginda.
Di Malaysia, saya optimis hudud dapat dilaksanakan dengan berkesan dan jayanya. Saya juga ingin mengingatkan bahawa hukuman ini khusus untuk kami, umat Islam. Ia sama sekali tidak berkaitan dengan orang bukan Islam. Oleh itu, Ravinder tidak perlu merasa bimbang.
Bagi saya, seharusnya Ravinder menghormati kami untuk mengamalkan ajaran agama kami, seperti kami hormati semua penganut bukan Islam mengamalkan agama mereka. Rasa hormat ini seharusnya ada dalam diri setiap rakyat Malaysia. Seperti mana saudara tidak mahu ada salah faham orang lain terhadap agama Sikh, begitu juga saudara jangan bersangka buruk kepada agama Islam. Jika ada sebarang perkara berkaitan agama Islam yang saudara tidak faham, sepatutnya saudara perlu bertanya sebelum membuat artikel umum begitu yang pastinya akan menimbulkan salah faham dan ketegangan yang lebih besar.
Ingatan juga kepada umat Islam terutamanya para daie, aktivis dan Islamist. Apabila berlaku keadaan seperti ini, tugasan kita adalah memberikan penerangan dan menonjolkan kerahmatan Islam, bukannya bertindak mengikut emosi, mengugut dan mengherdik. Salah siapa jika ada orang yang salah faham tentang Islam, pastinya salah kita juga yang tidak membuat kerja. Perkara ini berlaku menandakan kita masih tidak menjalankan tugas kita dengan sempurna.
Segera berkerja untuk Islam, itu jawapan kepada semua umat Islam setiap kali berlaku isu seperti ini. – 
30 Oktober, 2013.
* Mohd Azrul Azuan  Idris ialah pembaca The Malaysian Insider.

Thursday, October 10, 2013

Komando VAT 69

Komando VAT 69

Komando VAT 69, Kehebatan Komando VAT 69, Sejarah Penubuhan Komando VAT 69, Kes Pencerobohan Kesultanan Sulu Di Lahad Datu, Logo Komando VAT 69


Misi dan operasi (ihsan dari Wikipedia)

Pasukan elit 69 Komando dan UTK mempunyai rekod pertempuran yang baik tetapi mempunyai profil yang rendah.

  • Sebagai 'pasukan khas' yang menganggotai Pasukan Mencegah Keganasan bersama tiga unit elit Angkatan Tentera Malaysia yang lain Majlis Keselamatan Negara (MKN) di bawah arahan no. 18 iaitu pengurusan dan pengendalian krisis, 69 Komando PGK merupakan responder keempat dan diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan selepas Rejimen Gerak Khas (RGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas Udara (PASKAU) untuk menangani krisis dan keganasan yang kritikal.

  • 1969 - 69 Komando memulakan operasi pertamanya di hutan dan berjaya menumpaskan sebilangan besar komunis dan merampas kesemua senjata dan kelengkapan komunis.

  • 19 November 1985 - Unit anti-pengganas Unit Tindakan Khas (UTK) bersama seluruh formasi PDRM dalam operasi yang dikenali sebagai Ops Hapus melakukan serbuan ke atas kediaman Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya) di Kampung Memali, Baling, Kedahyang menyebabkan beliau terkorban ditembak berpuluh kali di dadanya bersama 13 penduduk kampung. Selain itu, seorang pegawai kanan PPH dan dua anggota polis turut terkorban, dipercayai tertembak sesama sendiri.

  • Berikutan insiden kegiatan lanun yang mengganas di kawasan pekan di Sabah, Pasukan 69 Komando telah dihantar beroperasi untuk menumpaskan aktiviti lanun di Sabah dan hasilnya, kegiatan lanun berjaya dihapuskan.

  • Oktober 1985 - Unit Tindakan Khas terlibat dalam satu operasi menyelamat tebusan seorang doktor dan pembantu perubatan oleh enam banduan yang bersenjata api di Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Enam hari kemudian, serbuan yang dijalankan berjaya membuahkan hasil apabila tebusan tersebut berjaya diselamatkan, manakala Jimmy Chua, seorang penjenayah warga Singapura yang merupakan dalang disebalik drama tebusan tersebut berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

  • 2001 Seorang ahli militan MNLF Filipina bernama Rizal Aleh berjaya melarikan diri ke Sabah bersama bapanya dan memulakan kegiatan jenayah dengan taktik-taktik lanun. Apabila 69 Komando yang diketuai oleh DSP Mohd Noor bin Razak dihantar sekali lagi ke Sabah dalam Operasi yang digelar OPS Rambo II, Rizal, bapanya dan rakan-rakannya berjaya diberkas dan dihadapkan ke mahkamah Semenanjung atas jenayah yang dilakukan, kemudiannya Rizal dan bapanya diserahkan kepada kerajaan Filipina memandangkan kedua-duanya amat dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara tersebut.

  • 2005 - Lima pegawai dan 32 anggota dari Pasukan Anti-Pengganas 69 Komando Ulu Kinta telah diterbangkan ke Kukup bagi melaksanakan operasi merampas semula sebuah kapal MV Natris yang telah ditukar nama kepada MV Paulijing dipercayai dilarikan di perairan Bertam, Indonesia. Kapal tersebut telah dikesan oleh Pasukan Gerakan Marin di perairan Selat Melaka setelah dilaporkan hilang pada tahun 2003. Operasi ini telah dinamakan sebagai Ops MV Paulijing. Operasi ini juga melibatkan anggota dari Pasukan Khas Pasukan Gerakan Marin.

  • 29 Jun 1994 - Unit Tindak Khas telah melakukan serbuan ke atas sebuah tempat persembunyian P. Kalimuthu atau Bentong Kali di Medan Damasara, Selangor. Dalam serbuan ini, penjenayah yang paling dikehendaki polis ini berjaya ditembak mati.

  • 1 April 2009 - Unit anti-pengganas Unit Tindakan Khas bersama Cawangan Khas PDRM dalam operasi pada waktu Subuh melakukan serbuan ke atas persembunyian Ketua Jemaah Islamiah Singapura, Mas Selamat Kastari di Kampung Tawakal, Skudai,Johor yang menyebabkan beliau berjaya ditangkap bersama 2 orang kanannya, Abdul Matin dan Johar. Penangkapan pemimpin JI dan juga pengganas berbahaya Asia ini merupakan satu kejayaan besar PDRM dalam usaha membanteras keganasan.

  • 69 Komando juga terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat bersama anngota penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam seperti Kes Orang Hilang, Pesawat Terhempas dan Lemas. Antaranya ialah Misi Mencari dan Menyelamat pesawat helikopter milik Hornbill Skyways yang terhempas di Sarawak, insiden jambatan gantung runtuh di Perak dan pesawat Nuri yang terhempas yang telah mengorbankan anggota TUDM di Pahang.

  • 1 Mac 2013 Pegawai anggota 69 Komando terlibat dalam pertempuran di Lahad Datu yang mengorbankan 2 orang pegawai dan anggota 69 Komando akibat serangan hendap Askar Diraja Sultan Sulu pada 1 Mac 2013. 69 Komando berjaya membunuh 12 orang penceroboh dalam serangan hendap itu.

  • 2 Mac 2013 Pegawai dan anggota 69 komando yang baru tiba di tawau bagi menambah keanggotaan PDRM di Lahad Datu telah diterbangkan ke Semporna bagi menyelamatkan dan mengeluarkan pegawai serta anggota yang terperangkap dalam serang hendap di Kg Seri Jaya Siminul, Semporna. Dalam kejadian serang hendap tersebut 6 orang anggota polis telah terkorban.
Fail:Normal vat693gx.jpg
Fail:Utkarms.jpg




SALLEHUDDIN (berdiri kiri) bersama pasukannya selepas melaksanakan satu operasi di Sarawak.

Peristiwa 'bos' ASP Mohd Zabri terkorban akibat terpijak jerangkap samar masih dalam ingatan
 

TAHUN ini genap 40 tahun penubuhan pasukan elit Pasukan Polis Hutan (PPH) 69 atau VAT 69. Kisah perjuangan, suka duka, perit maung skuad kebanggaan nusa bangsa sering menjadi ingatan dan sama sekali tidak dilupakan.
 

Terlalu banyak kenangan yang tidak boleh dibiarkan kerana satu ketika dulu nama VAT 69 yang ditubuhkan pada 23 Oktober 1969 cukup ditakuti komunis.
 


Skuad itu digelar komunis sebagai ‘Lok Kow’ bermaksud 69 dan digeruni kerana kehebatan mereka menjejak pengganas dan bertempur di hutan.
 

Hakikatnya, menjejaki komunis di hutan belantara memang sukar. Mereka juga mempunyai pasukan risikan, mendapatkan maklumat mengenai pasukan keselamatan yang memburu mereka.
 

Menariknya, bagi pasukan VAT 69, mereka sentiasa diajar supaya berfikir bagaimana menjadi komunis, bagaimana bertindak melarikan diri dan mendapatkan maklumat kerana melalui pendekatan itulah lebih mudah mereka menjejak pengganas.

Melalui pendekatan itu, mereka mempunyai kelebihan dan lebih bijak mengatur gerak sekali gus menggerunkan pengganas kerana gerak langkah mereka adalah hampir sama. Sudah pasti kumpulan awal penubuhan VAT 69 dianggap pelopor kejayaan gemilang mereka. 

Seorang pemimpin VAT 69 yang dianggap pakar taktikal dan cukup digeruni komunis ialah Allahyarham Asisten Superintendan (ASP) Mohd Zabri Abdul Hamid yang dianggap perwira paling dikenang dalam pasukan elit berkenaan.
 

Beliau terkorban akibat terkena jerangkap samar selepas pasukannya memenangi satu pertempuran di Hulu Perak, Perak pada 1975 dan sebagai tanda memperingati jasanya, sebuah kem latihan Komando 69 PGK di Tasik Banding, Grik, Perak dinamakan sebagai Kem Zabri.
 

Menyingkap kisah tragis itu, seorang anggota VAT 69 yang terbabit dalam pertempuran itu, Sallehuddin Omar, 58, menegaskan peristiwa itu seolah-olah berlaku semalam dan semangat perjuangan rakan sepasukan tidak pernah pudar hingga ke hari ini.
 

Namun, mereka tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih ketika Zabri yang digelar ‘bos’ oleh anak buahnya menghembuskan nafas terakhir. Semuanya menitiskan air mata kerana kehilangan pemimpin disayangi. Hingga kini, jika bercerita mengenai Zabri, pasti menitiskan air mata.
 

Detik perjuangan mereka bermula apabila tiga patrol diketuai Ismail Daud, ‘Mail Rantai’, Wan Tahar dan Sheikh Ismail, ditugaskan menggagalkan cubaan komunis meletupkan satu empangan di Perak. Selepas hampir tiga bulan berada di hutan, satu pasukan bantuan ditugaskan menghantar bekalan makanan.
 

Malangnya, empat anggota yang menaiki bot diserang hendap dan dibunuh kejam dengan mayat mereka dikelar dengan pisau oleh komunis.
 

Pasukan VAT 69 kemudian mengesan kedudukan khemah musuh berhampiran Grik pada 3 September 1975. Sebelum itu, mereka kehilangan jejak komunis dan ketika tiba di satu kawasan tanjung untuk mendapatkan bekalan air bersih, penjejak laluan ternampak musuh di kawasan sama.
 

Serentak itu, tiga patrol terdiri daripada 18 orang bergabung dalam barisan panjang, semua berpecah mengambil kedudukan bertempur hebat dengan komunis dianggarkan antara 30 hingga 40 orang.
 

Pertempuran itu mengorbankan 18 orang dan dua anggota VAT 69 parah iaitu Aziz Idris dan ketua patrol, Sheikh Ismail.
 

“Peluru bertaburan macam hujan, nak angkat kepala pun tak boleh, peluru lalu atas kepala. Kami menyerang guna bom tangan. Selepas 45 minit bertempur, terdengar jeritan ‘bawa ke sungai’ dan kami percaya komunis bawa lari rakan tercedera ke laluan sungai supaya jejak sukar dikesan,” katanya.
 

Ketika bertempur, operator perhubungan, Ahmad Dahlal Hashim, mendapatkan bantuan Zabri yang ketika itu mengetuai pasukan lain di kawasan berdekatan. Disebabkan hujan lebat dan jaraknya jauh, pasukan Zabri tiba di kawasan pertempuran pada awal pagi keesokannya.
 

Selepas pertempuran selesai, VAT 69 menemui bekalan termasuk senjata dan makanan dan merampas rampas bom, pelancar roket, makanan dipercayai untuk projek khas meletupkan empangan.
 

Sebaik tiba, Zabri mengarahkan pasukan menghala ke tempat pendaratan helikopter yang jaraknya kira-kira sehari perjalanan bagi mengeluarkan anggota tercedera mendapatkan rawatan.
 

“Zabri arahkan kami jangan mengejar komunis kerana bimbang terkena perangkap samar dan minta tumpukan kepada misi membawa anggota keluar. Beliau sering mengingatkan jangan sesekali tersalah langkah terpijak jerangkap samar yang biasa dipasang di denai binatang.
 

“Komunis gunakan jerangkap bom dipasang bateri, dibungkus plastik supaya tidak rosak dan tahan lama. Malangnya ketika dalam perjalanan, Zabri sendiri yang terkena. Beliau bersama penjejak Orang Asli, Bahuda berada di depan, manakala penjejak Apot, berada di belakang kerana kepenatan bertempur.
 

“Ketika melintasi kawasan sungai, mungkin Zabri terlupa dan memang ajalnya sudah tiba, beliau terpijak akar kayu yang dipasang perangkap bom. Letupan kuat berlaku dan saya dengar Mail Rantai jerit ‘habislah...bos dah kena’
 

“Bos putus kaki kanan, tetapi masih sedarkan diri, darah banyak mengalir. Walaupun kesakitan, beliau tetap semangat, masih fikirkan pasal berjuang, naikkan semangat anak buah supaya tidak mudah menyerah,” katanya.
 

Mereka membuat keputusan melalui laluan lain kerana percaya komunis akan menunggu di mana-mana tempat dan akan menyerang ketika dalam perjalanan.
 

Zabri dibawa keluar menggunakan pengusung dan pakar perubatan pasukan, Abdul Rahman Sabden, merawatnya sepanjang perjalanan.
 

“Bos menghembus nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke tempat helikopter. Ketika itu, semua anggota kaku, menangis, tak tertahan melihat ketua yang dedikasi, bersemangat meninggalkan kami. Hingga sekarang kami akan kenang kejadian itu,” katanya.
 

Ketika tiba di tempat pendaratan helikopter, mereka mendapat bantuan daripada Rejimen Komando Gerak Khas (RGK) dan pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat serangan udara di tempat disyaki.
 

Anggota keselamatan yang berada dalam hutan dikumpul di tempat selamat dan serangan udara berlaku dua jam tanpa henti. Pasukan RGK kemudian meneruskan operasi darat bagi menghapuskan saki baki komunis di kawasan berkenaan.
 

Info: Anggota Platun 1 ke platun 2
 
    * Jamil Othman
    * Ahmad Dahalal Hashim
    * Chin Hajeed
    * Che Meh (Allahyarham)
    * Abu Seman
    * Sallehuddin Omar 

Anggota Platun 1 ke platun 3.
 
    * Mohd Zahid Shamsuddin
    * Rasidi Jamaluddin
    * Ibrahim Che Mat
    * Abd Aziz Idris (Allahyarham). 

< Kami generasi hari ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua hero2 malaya,,,, jasa anda tetap    kami kenang,,, Al-Fatihah utk yg terkorban semoga rohnya cucuri rahmat,, amin,,>

 credit to : mohd azis ngah/ azis@bharian.com.my
sumber   :  jomlayan

Sunday, October 6, 2013

US Delta Force

Al Qaeda commander who gave Scotland Yard the slip 13 years ago snatched in Libya by US Delta Force

  • Abu Anas al-Liby wanted for attacks on US embassies in Kenya and Tanzania
  • He was seized from Tripoli home in daring raid by elite US troops
  • In 2000 he narrowly avoided arrest in Manchester
Abu Anas al-Liby, who was snatched by U.S. special forces, is believed to have been involved in the 1998 bombings of the American embassies in Kenya and Tanzania
Abu Anas al-Liby, who was snatched by U.S. special forces, is believed to have been involved in the 1998 bombings of the American embassies in Kenya and Tanzania
One of the world’s most wanted terrorists has been captured in Libya by elite US troops 13 years after British police let him slip through their fingers.
Al Qaeda commander Abu Anas al-Liby was wanted for plotting the 1998 US embassy attacks in Kenya and Tanzania that killed more than 220.
The extremist, who had a £3million US bounty on his head, was seized at his home in Tripoli after dawn prayers by the US Army’s Delta Force.
But the raid was described as ‘a kidnapping’ by Libya, which has demanded an explanation from Washington.
Liby, whose real name is Nazih Abdul-Hamed al-Ruqai, has been on the FBI’s most-wanted list since it was introduced soon after the 9/11 attacks in 2001.
However, two years earlier, he had been arrested as a terror suspect in the UK, where he had claimed political asylum.
The computer expert was released because he had cleared his hard drive and Scotland Yard detectives could find no evidence to hold him.
Then in May 2000, anti-terror police raided his flat in Moss Side, Manchester, where he was living as a student, and found a 180-page handwritten terror instruction book for Al Qaeda followers which was called the ‘Manchester Manual’.
It explained how to booby-trap cars and TVs and showed how to kill using a knife. But by the time police entered the property Liby had fled the country.
 
US Secretary of State John Kerry said the operation to snatch him on Saturday showed that terrorists could ‘run but they cannot hide’.
Liby’s brother Nabih said the terror chief was parking outside his house when three vehicles surrounded him, his car’s window was smashed and his gun seized before he was taken away.
Plot: A U.S. Marine stands guard outside the American Embassy in Nairobi, Kenya, after a huge explosion damaged buildings and the American Embassy, killing dozens of people in 1998
Plot: A U.S. Marine stands guard outside the American Embassy in Nairobi, Kenya, after a huge explosion damaged buildings and the American Embassy, killing dozens of people in 1998
Carnage: A U.S. soldier stands guard in front of the embassy in Dar es Salaam, the site of the August 7 bomb blast. A total of 220 people died in the two attacks, and thousands were injured
Carnage: A U.S. soldier stands guard in front of the embassy in Dar es Salaam, the site of the August 7 bomb blast. A total of 220 people died in the two attacks, and thousands were injured
The US Defense Department said Liby was ‘lawfully detained under the law of war in a secure location outside of Libya’.
Liby was indicted by the US for his alleged role in the 1998 bombings. A court heard Osama bin Laden had ordered him to Kenya and Tanzania to photograph the embassy compounds and decide how best to carry out the attacks.
His family denied he had any involvement. They said he was in the Armed Islamic Fighting Group, a militant organisation that battled Colonel Gadaffi’s regime.

UK GRANTED HIM ASYLUM

Anas al-Liby was given political asylum in Britain in 1995 after a failed Al Qaeda plot to assassinate Hosni Mubarak, then president of Egypt.
An Egyptian extradition request was turned down on the grounds that he could not receive a fair trial.
A year later MI6 is said to have paid a Libyan Al Qaeda cell to kill Colonel Gaddafi. It is thought that Liby, 49, pictured, was allowed to stay in return for aiding the alleged plot, which was unsuccessful.
He was arrested as a terror suspect by Scotland Yard in 1999, but released due to a lack of evidence.
In May 2000, his flat in Manchester, where he was a student, was raided and officers found a 180-page handwritten manual for Al Qaeda followers, translated from Arabic to English.
But by this time, Liby had already fled abroad.
The US said the capture had taken place with authorisation from Libya. But a statement from prime minister Ali Zeidan’s office said: ‘The Libyan government is keen on prosecuting any Libyan citizen inside Libya, no matter what the charges are... the accused are innocent until proven guilty.’
Liby, who studied electronic and nuclear engineering in Tripoli, is thought to have been with bin Laden in Sudan in the early Nineties.
He then turned up in the UK in 1995 where he was granted political asylum as an enemy of Gaddafi.
Since fleeing Britain, he has cropped up in Pakistan and Afghanistan, and is said to have been jailed in Iran for seven years.
The news of his capture comes as it emerged that US Navy Seal commandos had to abort a mission to seize a leader of al-Shabaab, the group behind the Westgate shopping centre massacre in Nairobi.
After their dawn attack at the house of al-Shabaab leader Ahmed Abdi Godane near Barawe in southern Somalia met fierce resistance, they abandoned the raid.
Seven militants are said to have been killed, with no US casualties.
Meanwhile, Theresa May warned last night that British extremists were training as terrorists in the Syrian civil war and could return to commit atrocities at home.
The Home Secretary also revealed that security had been tightened in the UK after the attack at the Westgate mall in Kenya, adding: ‘We have increased... the number of armed response vehicles, the number of specially-trained firearm officers.’
Twin raids: American special operations troops launched raids just hours apart in Somalia and Libya. The Libya raid was successful, the Navy SEALs in Somalia were pushed back by strong resistance
Twin raids: American special operations troops launched raids just hours apart in Somalia and Libya. The Libya raid was successful, the Navy SEALs in Somalia were pushed back by strong resistance


Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/article-2447532/Al-Qaeda-commander-gave-Scotland-Yard-slip-13-years-ago-snatched-Libya-US-Delta-Force.html#ixzz2gzW7K36S
Follow us: @MailOnline on Twitter | DailyMail on Facebook