Monday, June 18, 2012

Titipan Ucapan Khas Dari Ibu Arwah Yasmin J Hunwick


Titipan Ucapan Khas Dari Ibu Arwah Yasmin J Hunwick


Salam semua, kat sini Nuriz nak sampaikan pesanan dari Puan Sazlina ibu kepada arwah Yasmin J Hunwick yang meninggal akibat kemalangan pada 3 Jun 2012. Puan Sazlina Shahriman Shah, ibu arwah, meminta saya sampaikan pesanan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah memberikan ucapan takziah kepada beliau sekeluarga. Beliau sangat berterima kasih atas keprihatinan anda semua ( para bloggers, orang awam, rakan rakan arwah dan yang mana mengenali atau tak mengenali arwah, dan pihak pihak lain yang berkenaan)
Titipan ucapan dari Puan Sazlina
DARI DAIRI IBU ARWAH YASMIN JOHAN @ YASMIN J HUNWICK
Assalamualaikum wbt,
Hari ini, sudah 14 hari arwah Yasmin Johan @ Yasmin J Hunwick meninggalkan kita. Anak sulung kami dari 4 beradik telah pergi dgn cara yang cukup tragis sehingga pada mulanya sukar untuk kami menerima kenyataan. Tapi itu ketentuan Ilahi tak ada siapa yg dapat menahan.
‘Setiap orang mempunyai ketentuan ajal masing-masing. Apabila kematian seseorang itu telah ditentukan, maka ajal itu akan datang, tidak berganjak, terdahulu atau terkemudian. Itulah ketentuan dari Allah yang tidak dapat diingkari oleh manusia. Allah mahukan agar setiap hamba-Nya redha dengan qada’ dan qadar ketentuan Allah’.
Melalui @’Nuriz Ibrahim’ (Nurizspace.com) saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih yg tidak terhingga kepada semua pihak dari pagi arwah menyambut panggilan ilahi, dikebumi hingga ke majlis tahlil yg diadakan di Langkawi dan Semenyih. Terima kasih kami kepada pihak polis Langkawi, Bomba dan pihak Hospital yg menjalankan kerja dengan pantas, juga Pengarah Hospital Langkawi Dr. Selahuddin yg sudi menziarahi kami sekeluarga, Tok Imam Masjid Aishah Sg Menghulu, kunjungan sanak saudara dan ramai rakan2 diperkarangan masjid (sehingga ada yg kami tidak kenali) kawan arwah dari Shah Alam yg bergegas ke Langkawi dengan menaiki motor, Jiran-jiran, pihak media, kawan2 sekerja saya, sekerja Johan, kawan2 arwah dari setiap sekolah di Langkawi, cikgu-cikgu akademik dari sekolah tadika hingga ke sekolah menengah, Cikgu Catur (FCU Family), Cikgu Piano, Cikgu arithmatic, cikgu tusyennya di sekitar Taman diLangkawi.
Juga kepada pengusaha feri (penjual tiket/kaunter) di Kuala Kedah dan Kuala Perlis kerana memberi keutamaan kepada sanak2 saudara saya yg datang dari KL/Selangor, Kedah/Perlis dan juga kepada kepada ramai kawan arwah yang datang dari sekitar Tanah Besar.
Pada hari pertama dan kedua , kami tidak menyedari yg twitters dan bloggers sedang menceritakan mengenai arwah sehingga saya diberitahu oleh adik saya, Nurul Huda Shahriman Shah. Ucapan t.kasih juga buat semua para-para fb, twitters, myspace, bloggers (saya ada membalas komen kepada setengah bloggers dan ada juga saya tidak sempat untuk membalas) yang tak putus2 mendoakan kesejahteraan roh anak saya di sana. Sehingga ke hari ini pun saya masih menerima ucapan takziah dari para twitter dan fb.
Juga setinggi-tinggi ucapan Terima Kasih kami kepada para-para VIP, YB Dato’ Paduka Abu Bakar Bin Taib (Ahli Parlimen Langkawi), YB Dato Ir. Hj Nawawi Bin Hj. Ahmad (ADUN Kuah ), En Zubir Bin Ahmad (wakil PAS) yg datang menziarahi kami. En. Nor Saidi Bin Nanyan (Ketua Pemuda UMNO Langkawi) yang datang bersama wartawan NST/BH. Juga kepada YB Dato Seri Anwar Bin Ibrahim (Ketua Pembangkang – PKR) yang sudi menghadirkan diri ke Majlis Tahlil di Semenyih.
(Kami memohon maaf sekiranya kami tidak menyenaraikan nama2 yg terlibat secara langsung atau secara tidak langsung).
Disamping itu juga ucapan takziah yang kami terima melalui telefon/sms dari sanak-saudara dan rakan-rakan dari seluruh Malaysia dan luar negara.
Yang saya tak akan lupakan ialah kepada Pn Zira (wargakerja Pasaraya Ekonomi Taman Langkawi) yg bergegas ke tempat kejadian setelah mendengar satu dentuman yg kuat (tempat kejadian hanya 50-100 meter sahaja dari Pasaraya tersebut) Saya amat terhutang budi kepada Pn. Zira kepada melafazkan ucapan dua kalimah syahadat kepada arwah, beliau memangku arwah dalam keadaan masih bernyawa dan mengajar arwah mengucap, setelah habis 3 kali Pn Zira lafazkan syahadah, mulut arwah masih terkumat-kumit sehinggalah hembusan arwah yg ketiga adalah hembusan terakhir. Dan beliau terus meninggal kita. Menurutnya, arwah pergi dengan keadaan yg cukup tenang seperti tiada kesakitan. Ini lah saat yang menenangkan kami serta berasa amat bersyukur kerana anak kami meninggal sambil menyebut kalimah Allah. Itu terlalu besar dan bermakna buat kami. Menurut Pn. Zira, kepalanya tidak pecah seperti didakwa oleh setengah pihak cuma darah banyak keluar dari kepalanya. Nauzubilllah.. sakit anaknya kami…:’(
Menurut ramai kawan2 di sosial media, ramai yg mengambil ikhtibar selepas kematian arwah. Segala kebaikan dari arwah dgn izin Allah jadikan ia sebagai teladan. Semoga kami sekeluarga tidak digolongkan sebagai orang yg riak dalam menjaga anak saya terutama arwah yg merupakan anak sulung saya. Saya sering beritahu dan nasihatkan arwah untuk hidup secara sederhana, bahagikan diri untuk dunia dan jangan lupa bekalan untuk akhirat. Sejak kecil lagi beliau suka mengaji, melukis dan meminati pelajaran Agama Islam. Saya masih teringat semasa arwah Tahun 1, diwaktu saya mengambilnya pulang dari sekolah, beliau berlari2 mendapatkan saya sambil membawa beg yg berat dgn tangannya memegang Kertas ujian Agama Islam, arwah berkata sambil teruja ‘Mama, Agama (Pendidikan Islam) Yasmin dapat 100.’ Saya terus mencium arwah sambil membawa adik2 nya, Muiz 5 tahun dan Zharif 3 tahun (umur masa itu) sama-sama masuk ke dalam kereta. Itu adalah kertas peperiksaan pertama yang ditunjukkan kepada saya. Sebagai ganjaran saya berkata nak apa sebab dapat markah yg perfect, arwah terus berkata nak makan Mekdi (McD). Itu lah kenangan yg paling saya tak kan lupa kan.
Ada juga yg membaca diari bloggers dan twitter bertanya dimana hendak mendapatkan buku yg di postkan oleh arwah di Instagram 3 minggu sebelum beliau meninggal yang bertajuk ‘BEGINIKAH RASANYA 7 MALAM PERTAMA DIALAM KUBUR, Persiapan Menuju Alam Barzakh’. Jika ada sesiapa yg berminat silalah PM saya di fb atau pun boleh reply melalui blog Nuriz. Saya akan beritahu detail mengenai penulis buku itu. Atau pun anda boleh dapatkannya di kedai buku ‘Popular’ diseluruh negara dimana Arwah telah pergi membelinya di‘Popular’ Alor Setar.
Di laman fb ni juga saya menerima ramai rakan fb baru yg pernah bertwitter dan bloggers semasa arwah masih ada. Tujuan semua adalah untuk menyalurkan ucapan2 takziah. T.Kasih byk2 kami ucapkan.
Hanya Allah dapat membalas budi baik saudara-saudari, dan berharap iringin doa kalian tidak akan putus sekiranya teringatkan Arwah Yasmin J Hunwick. InsyaAllah.
Salam Hormat
BIODATA
1999 – Tadika PerpaduanTaman Desa Permata, Kuah Langkawi
2001 – Tadika KEMAS Padang Putih, Temoyong, Langkawi
*****
2002-03 – SK Seri Negeri, Kuah Langkawi
2004 – SK Kelibang, Kuah Langkawi
2005-07 – SK Sg Menghulu, Kuah Langkawi
*****
2008 – Maktab Mahmud Langkawi
2009 – 10 – SMK Kelibang , Kuah Langkawi
2011 – 12 – SMK Mahsuri, Kuah Langkawi
Kembali ke Rahmatullah pada 03 Jun 2012.
04hb Jun 2012 jam 2.00 pm – Disemadikan di perkarangan perkuburan Islam Masjid Aisyah, Sg Menghulu, Kuah Langkawi.

Jika anda nak ucapkan takziah pada keluarga arwah boleh hubungi alamat FB ibu arwah :
Artikel berkaitan:

No comments:

Post a Comment