Monday, March 4, 2013

From TUDM website


4 Mac 12 : Ketibaan Jenazah Dua Anggota Polis Di Pangkalan Udara Subang


Ketibaan Jenazah Dua Anggota Polis Di Pangkalan Udara Subang
Ketibaan Jenazah Dua Anggota Polis Di Pangkalan Udara Subang
Ketibaan Jenazah Dua Anggota Polis Di Pangkalan Udara Subang
Ketibaan Jenazah Dua Anggota Polis Di Pangkalan Udara Subang

SUBANG, 4 Mac 13 – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberikan penghormatan terakhir ke atas jenazah dua anggota pasukan keselamatan yang tiba di Pangkalan Udara Subang petang tadi.
Jenazah Supritendan Ibrahim Lebar dan Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran yang diterbangkan dengan pesawat C130 dari Tawau selamat tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 6.35 petang.
Turut hadir menyambut ketibaan jenazah dan memberi penghormatan terakhir adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali bersama pegawai-pegawai serta anggota-anggota PDRM dan ATM.
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Johor, Raja Zarith Sofia dan anakanda Sultan Johor, Tunku Laksamana Tunku Abdul Jalil turut berkenan hadir memberi penghormatan.
Jenazah Ibrahim dibawa ke rumahnya di Subang Jaya manakala Mohd. Azrul dibawa ke Klang dengan diiringi kenderaan TUDM dan pasukan keselamatan.
Jenazah Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, kira-kira pukul 10 malam manakala Mohd. Azrul di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kampung Rantau Panjang, Klang pukul 9.45 malam