Yang pakai baju merah tengah buat ala-ala Haka itu adalah Luqman, my second son. Gambar ini diambil sekitar bulan Mei 2008 di A Famosa Resort, Alor Gajah Melaka.Gifted but very sensitive boy. Selalu ceria. Anak yang istimewa di mata teman. Anak yang lain istimewa jugak, don't get me wrong. Amirul istimewa & Fairuz pun istimewa.
Langit tidak selalunya cerah. Pada penghujung bulan Januari 2012, secara tiba-tiba berlaku mood swing diikuti dengan tingkah laku yang terlalu bizarre. Aneh, tengah tidur boleh bukak jurus silat. Teman melihatnya naik takut, meremang bulu roma teman. Dan apa yang berlaku selepas ini adalah satu episod hitam yang panjang yang merubah persepsi teman kepada seni silat & kehidupan amnya.
Dimasukkan di HUKM pada 31 Januari 2012 dan hanya keluar wad pada 27 Februari 2012. 28 hari berkampung di hospital, makan makanan hospital.
Teman & isteri berikhtiar macam-macam cara. Perubatan moden diselang-seli dengan perubatan Islam. Selepas 4 minggu mencuba, dari Kemaman ke HUKM ke Darul Syifa Bangi, alhamdulillah syukur pada Allah swt, Luqman disahkan sembuh.
Ada banyak lagi misteri yang belum dapat dijawab dengan akal fikiran.
Bersambung....

No comments:
Post a Comment