Thursday, June 7, 2012

Khasiat pokok lempoyang

Minat bercucuk tanam memang sudah ada dalam diri aku sejak kecil lagi. Aku rasa amat seronok bila pokok yang aku tanam mendatangkan hasil. Walaupun rumah yang aku tinggal sekarang adalah jenis townhouse, ianya tidak mendatangkan masalah untuk aku bercucuk tanam. Ok, enough of introduction.


Hari ini aku akan membicarakan khasiat lempoyang. Tapi rasa dia masyaallah pahit!

(Ihsan gambar Dedaun Alam)


Di bawah ini aku copy dari blog :http://laman-seri.blogspot.com/2011/01/alternatif-rawat-kanser-serviks.html (Mintak izin Sdra/Sdri)


SUDAH banyak diperkatakan mengenai barah serviks atau pangkal rahim atau kanser yang menyerang bahagian reproduktif wanita.

Malah, menyebutnya saja pasti menimbulkan rasa gerun apalagi kedudukannya sebagai pembunuh wanita kedua tertinggi di negara ini selepas barah payu dara. Tidak hairanlah, dari semasa ke semasa, beberapa kempen kesedaran dianjurkan kerajaan mahu pun swasta dalam usaha memastikan lebih ramai peka atau prihatin dengan penyakit ini.

Namun, selain aspek perubatan, penyelidik juga giat mencari kaedah atau penemuan yang boleh dijadikan alternatif bagi merawat penyakit ini. Terbaru, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan bahan semula jadi khusus bagi merawat dan kanser serviks pada peringkat awal lagi.

Kajian enam tahun sejak 2002 berasaskan herba tempatan atau lebih dikenali sebagai daun lempoyang itu akhirnya membuahkan penemuan yang mengagumkan ramai pihak, termasuk di peringkat antarabangsa.






1 comment:

  1. Bro...berminat nak dapatkan pokok lempoyang yang u tanam untuk tujuan perubatan. U jual tak? Jika jual boleh reply kepada saya d angai882001@yahoo.com

    ReplyDelete